Selasa, 4 Ogos 2009

Coretan Pertama Dari Kotej Itu

Assalamualaikumwarahmatullah,

Ahlan wa Sahlan kepada tetamu yang sudi berkunjung ke Nadya's Cottage.
Ini hanyalah coretan perkenalan kerana saya masih belum berkesempatan menghiasi blog 'Menulis dari Nadya's Cottage' ini.
Insya Allah, akan saya perkemaskan jika berkelapangan.



Buat masa ini, saya sedang sibuk mengulit dan mencerna beberapa buah buku, antaranya;

1)Keagungan Tamadun Islam-Sejarah Yang Digelapkan ( Harun Yahya )

2)Dari Sejadah ke Kalam ( Jilid 1 )

3)Wira Mandala Hijau-Kumpulan Cerpen HSKU

4)Merdekakan Cinta Ratna & Odisi Tanah Kencana (Sri Rahayu Mohd Yusop)

5)Home Song ( Thomas Kinkade & Kathrine Spencer )

6)Mengintai Cinta Khalifah ( A.Ubaidillah Alias )

7)Tawarikh Cinta ( Nisah Hj Haron )



Mengapa saya membaca buku-buku di atas?

Ingin saya tegaskan, saya bukanlah seorang penulis mapan yang terbiasa dikalungi gelaran. Saya hanya seorang pembaca. Oleh kerana banyak membaca, timbul pula minat menulis!

This is what this blog is all about.

Satu ujana buat saya mula menyemai latihan penulisan. Dan saya amat berbesar hati andai anda yang melawat Nadya's Cottage ini sudi melontarkan sebaris pandangan atau teguran agar dapat saya jadikan rencah dan bumbu yang bakal melazatkan lagi karya-karya saya di masa akan datang, Insya Allah!
Kepada tetamu yang datang berkunjung ke kotej ini dan sudah (atau sedang) membaca mana-mana buku diatas, bolehlah berkongsi ulasan ringkas anda dengan saya.

Sekian dahulu. Saya dahulukan ucapan Syukran Jazilan buat anda.
Terima kasih kerana sudi mampir!