Selasa, 4 Ogos 2009

Coretan Pertama Dari Kotej Itu

Assalamualaikumwarahmatullah,

Ahlan wa Sahlan kepada tetamu yang sudi berkunjung ke Nadya's Cottage.
Ini hanyalah coretan perkenalan kerana saya masih belum berkesempatan menghiasi blog 'Menulis dari Nadya's Cottage' ini.
Insya Allah, akan saya perkemaskan jika berkelapangan.



Buat masa ini, saya sedang sibuk mengulit dan mencerna beberapa buah buku, antaranya;

1)Keagungan Tamadun Islam-Sejarah Yang Digelapkan ( Harun Yahya )

2)Dari Sejadah ke Kalam ( Jilid 1 )

3)Wira Mandala Hijau-Kumpulan Cerpen HSKU

4)Merdekakan Cinta Ratna & Odisi Tanah Kencana (Sri Rahayu Mohd Yusop)

5)Home Song ( Thomas Kinkade & Kathrine Spencer )

6)Mengintai Cinta Khalifah ( A.Ubaidillah Alias )

7)Tawarikh Cinta ( Nisah Hj Haron )



Mengapa saya membaca buku-buku di atas?

Ingin saya tegaskan, saya bukanlah seorang penulis mapan yang terbiasa dikalungi gelaran. Saya hanya seorang pembaca. Oleh kerana banyak membaca, timbul pula minat menulis!

This is what this blog is all about.

Satu ujana buat saya mula menyemai latihan penulisan. Dan saya amat berbesar hati andai anda yang melawat Nadya's Cottage ini sudi melontarkan sebaris pandangan atau teguran agar dapat saya jadikan rencah dan bumbu yang bakal melazatkan lagi karya-karya saya di masa akan datang, Insya Allah!
Kepada tetamu yang datang berkunjung ke kotej ini dan sudah (atau sedang) membaca mana-mana buku diatas, bolehlah berkongsi ulasan ringkas anda dengan saya.

Sekian dahulu. Saya dahulukan ucapan Syukran Jazilan buat anda.
Terima kasih kerana sudi mampir!

6 ulasan:

norehan berkata...

Assalamualaikum Nini,

Mestilah ingat. Terima kasih kerana sudi ziarah blog saya yang jarang di up date tu..hihi. Sibuk sangat sekarang ni. Tengah pulun untuk menyiapkan satu lagi novel awal remaja dgn GISB. Due datenya dalam bulan ni. Hantar-hantarlah berita ya..wasalam.

abamuaz berkata...

Terima kasih atas ziarah.. Ya.. teruslah menulis... Umat yang maju adalah umat yang membaca dan menulis ilmu.. bangsa kita masih dibelenggu kamalasan membaca.. apatah lagi menulis..

abuyon berkata...

salam Tinta,

kepada anda, saya hadiahkan
sajak ini, sebagai
inspirasi

Revolusi Penulisan
Zaman ini, tiap orang mahu menulis,
adalah aspirasi

Zaman ini, tiap patah yang ditulis,
adalah kontroversi

Dengan ini zaman ini,
aku isytiharkan
sendiri –

Dengan terledaknya blog,
adalah revolusi


Salam Ramadhan dan taaruf
abuyon
http://hijau-tinta.blogspot.com

Boleh juga baca tentang penulisan blog di http://abuyon.blogspot.com sebagai pemangkin.

Welma La'anda berkata...

salam ziarah,
salamh kongsi-kongsi resensi dan buku sekali ;)

abuyon berkata...

salam Tinta,

Selamat hari raya,
Maaf zahir dan batin
dari kami sekeluarga

Lepas raya, teruskanlah
menulis di celah-celah
masa, Insya-Allah

Moga-moga ada barakah-Nya

AVA berkata...

Salam hormat,

Terima kasih kerana mengunjungi AVA, bengkel seperti yang ditanyakan oleh sdri itu insya-Allah akan jika ada sambutan dan permintaan. Apa yang penting selalulah berkunjung ke blog kami untuk melihat perkembangan selanjutnya. Terima kasih.