Jumaat, 11 September 2009

Meraikan Tetamu Di Kotej Ini

Salam Akhir Ramadhan Buat Yang Sudi Berkunjung Ke Kotej Ini

Pertama sekali ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seindah mana. Mungkin secara sengaja atau pun tidak! Agak lama tidak menjenguk blog sendiri, terkejut sungguh apabila melihat MDNC sudah mempunyai followers.
Maafkan saya jika singgahan anda ke blog ini agak menghampakan. Maklum, saya masih tidak berbuat apa-apa lagi. Sejujurnya ada beberapa tanggungjawab yang wajib saya selesaikan terlebih dahulu sebelum dapat memberi tumpuan kepada MDNC.
Benar, ruangan ini adalah satu medan latihan penulisan saya sebelum saya berani bertempur di medan perjuangan yang seterusnya. Namun apakan daya, minat terpaksa diletakkan di tangga yang kedua lantaran tanggunggjawab bertahta di tangga pertama.
Apa-apa pun, syukran ya akhi wa ukhti. Khusus buat Ann, Welma La'anda, edd_badai, PalTel, Maimi Khairi, Abuyon dan abamuaz. Semoga kalian masih diberikan kekuatan untuk meneruskan pencarian Lailatulqadar..insya Allah.

Ketahuilah bahawa diri ini juga sedang bergelut dengan pelbagai cabaran demi meraih gelaran sebagai hamba ALLAH, selagi khaisyum masih bernafas dan jasad masih bernyawa!

Kepada yang sudah pun mengenali diri ini atau ingin mengetahui sesuatu tentang saya, sila rujuk 'personal profile' saya yang baru di up-date. Itu sahajalah yang sempat saya lakukan setakat ini. Moga-moga ukhwah yang terjalin di bawah bumbung Nadya's Cottage akan memberi manfaat kepada kita dan mengundang keredhaanNYA. Amin.

Saya tinggalkan sedikit ole-ole sebagai merai tetamu yang datang berziarah. Insya Allah, selepas raya jemput bertandang kembali.

Kulihat kejora mencari purnama
Petanda Syawal kian menghampiri
Sedih dan sayu menyelubungi jiwa
Pabila Ramadhan meminta diri

Amalan mulia diteruskan juga
Biar Ramadhan berlalu pergi
Aidil Fitri meraikan yang berjaya
Moga -moga amalan diterima ILAHI

Salam Akhir Ramadhan